Program Bimbingan Quran Percuma Setiap Hari TANPA CUTI

Program bimbingan Quran secara PERCUMA ini dianjurkan oleh AlMukhlisin sejak tahun 2016 (6 tahun) sebagai salah satu usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mendalami ilmu berkaitan Quran.

Penuhi Tuntutan Fardhu Kifayah, Sedia Peluang Pembelajaran Santai

AlMukhlisin sangat menitikberatkan bacaan Quran yang betul dari segi tajweed, iaitu dengan menjaga makhraj / sifat dan waqaf / ibtida’.

Visi dan Misi kami adalah untuk melahirkan masyarakat pencinta Quran yang terus konsisten mendalami ilmu Quran melalui usaha memperbaiki mutu bacaan Quran dan pemahaman isi kandungan Quran itu sendiri.

Untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah inilah, AlMukhlisin menganjurkan #LIVE Tajweed Santai Ustaz Zul AlMukhlisin secara PERCUMA setiap hari.

TALAQQI

Dengar bacaan guru supaya boleh tiru cara sebutan makhraj dan sifat huruf yang betul.

TAJWEED

Belajar ilmu tajweed dengan kaedah santai untuk perbaiki mutu bacaan Quran.

TAFHEEM

Terokai maksud terjemahan ayat untuk tambah keseronokan belajar ilmu Quran melalui teknik penceritaan.

TADABBUR

Aplikasi pemahaman ayat Quran ke dalam rutin kehidupan harian mengikut acuan Muslim sejati.

TAHFEEZ

Kefahaman kepada ayat-ayat Quran mendorong minda untuk kuatkan memori dengan latihan menghafal bermula dengan ayat-ayat pendek.

Apa Kata Mereka Yang Telah Mendapat Manfaat?

Jadilah Sebahagian Daripada Tulang Belakang Kami

Bermula dari 16 Januari 2016 sehingga kini, AlMukhlisin telah menyiarkan Program #LIVE Bimbingan Quran PERCUMA kepada masyarakat melalui platform online. Kini, program percuma ini telah pun mencapai lebih dari 800 episod setelah melalui beberapa siri penjenamaan semula.

Langkah permulaan kami tidaklah mudah kerana proses penyiaran memakan kos yang bukanlah sedikit, namun perjuangan menyampaikan ilmu tetap diteruskan menggunakan peruntukan dari simpanan kami sendiri.

Bermula 15 Mei 2022, hasil sumbangan dana melalui Infaq Lailatul Qadr Ramadhan 1443H, perjuangan Keluarga AlMukhlisin kembali bersiaran dengan wajah baru melalui #LIVE Tajweed Santai Ustaz Zul AlMukhlisin dengan membawa tema “Baca Quran Bertajweed Sampai Rasa Tenang”.

Bagi memastikan kelancaran dan kejayaan perjuangan Keluarga AlMukhlisin ke arah menghidupkan budaya Cinta Ilmu, Cinta Quran, Cinta Allah dan Cinta Nabi SAW, kami memerlukan sokongan penuh dan sumbangan berterusan daripada masyarakat bagi menampung kos penyelenggaraan alatan dan penyiaran yang berjumlah hampir RM 100,000 sebulan.

Dengan adanya sokongan kewangan berterusan daripada anda, kami akan sentiasa menaiktaraf kualiti peralatan dan kelengkapan proses pembikinan penyiaran secara berperingkat, seiring dengan kemajuan teknologi terkini. 

Semua ini tidak lain dan tidak bukan, hanyalah kerana kami ingin terus menyediakan program-program PERCUMA kepada masyarakat dengan mempersembahkan kualiti audio dan video yang terbaik. 

Manfaat Daripada Sumbangan Anda

Produksi Video

Menaiktaraf peralatan dan kelengkapan produksi video bagi menjamin kualiti video dan audio yang lebih baik. Sumbangan anda juga digunakan untuk membiayai kos suntingan video bagi program-program akan datang.

Studio Live & Rakaman

Bermula daripada bilik biasa, kini telah dinaiktaraf kepada bilik studio lebih besar dan dilengkapi dengan fasiliti yang lebih selesa kepada team produksi menjalankan aktiviti penyiaran. Proses naiktaraf ini akan dilakukan secara berperingkat mengikut jumlah dana yang diterima daripada anda semua.

Program-Program Percuma

Sumbangan anda juga membolehkan kami menambah lagi siri program-program bimbingan Quran PERCUMA kepada masyarakat.

Dapatkan Video Koleksi Tajweed Santai Musim 1 Yang Bernilai RM1570 PERCUMA

Dengan menyumbang minimum RM100, anda layak mendapat video Tajweed Santai Musim 1 (170 episod) yang bernilai RM1570 secara PERCUMA.

Video Tajweed Santai Musim 1 ini adalah eksklusif dan tiada di mana-mana platform PERCUMA kami. Sebagai tanda penghargaan atas sumbangan anda, kami hadiahkan Video Tajweed Santai Musim 1 ini bagi anda yang menyumbang lebih daripada RM 100.

PENAFIAN: Semua jenis pembelajaran AlMukhlisin dianjurkan bertujuan untuk membimbing para peserta untuk belajar selok belok perjalanan mendalami ilmu berkaitan Quran seperti Tajwid, Tadabbur dan yang seumpamanya. Walaupun usaha sebaiknya telah diambil untuk mengekalkan Privasi Peserta, AlMukhlisin tidak memberikan jaminan dalam perkara ini atau untuk maklumat yang dikomunikasikan sepanjang berlangsungnya program ini. Kejayaan peserta dalam menguasai Quran juga adalah hasil daripada beberapa faktor termasuk motivasi dan niat peribadi, sikap, pengetahuan, ketekunan, kerja keras dan tekad peserta dalam memberikan komitmen mengikuti perkongsian ilmu daripada penganjur dari awal program hingga ke penghujung.

All Rights Reserved. © 2015 – 2022 ALMUKHLISIN